Friday, 29 August 2014

Genap Setahun #21.8.2014#


Aku belek-belek kalendar.
Eh, cepatnya masa berlalu.
Cepatnya aku membesar walaupun tak besar-besar and maintain cute :D
Patut la muka pon dah berubah macam Neelofa. #eh?
Patut la aku asyik terasa something yg aku patut update entry
Oke. Sedar diri makin tua. -..- huahua


Dah setahun aku kerja. Hmm? Setahun dah.
Setahun jugak la aku dapat merasa pegang duit sendiri.
Setahun jugak la aku dah merasa sebagai pekerja.
Setahun jugak la aku dah meninggalkan zaman belajar.

Yess. Betul apa yg orang kata. Zaman belajar tak sama dengan zaman kerja.
Zaman kerja ni banyak likunya.
Time kerja la kena banyak bersabar.
Kena marah dengan bos depan orang lain.
Kena siapkan kerja sebelum dateline.
Kena berdepan dengan macam-macam karenah orang.
Dan sampai ke tua kena menghadap semua benda tu.

Aku terpikir semua tu. Takkan sampai tua aku nak buat benda yg sama je.
Pernah jugak la aku rasa bosan bila kerja ni. LOL
Lagi syiok kalau ada bisnes sendiri. Kitalah bos, kitalah kuli.
Tak perlu nak menghadap semua benda and nak follow rule sana sini.
Ikot law sendiri dah cukup.
InsyaAllah bisnes tu dalam planning. hee







Monday, 25 August 2014

Resipi Carrot Cake



Assalamualaikum

Suatu hari entah kenapa perasaan nak makan carrot cake meluap-luap dalam diri aku. Lagi-lagi bila bukak peti ais. Haish, ternampak lobak yang tersusun cantik kat dalam plastik buat aku tidur tak lena mandi tak basah. kahkah. Haii... nak buat tak reti la pulak. Sebelum ni pon terjebak sebab ada officemate yg pandai buat carrot cake. Terus jatuh cinta sampai sekarang. Aku kalau bab makan memang macam gini. Haha. Aku memang dah lama tahu kewujudan carrot cake tu tapi entah kenapa tak ada keinginan nak cuba buat. Mungkin sebab carrot kot. Kalau coklat cake ke, indulgence ke, baru la kelasss. 0_o. Kahkah.


Time hari raya, itulah first time aku buat. Mengenangkan tak ada makanan yg nak dibawa ke kampung, so why not aku try buat carrot cake. Nasib laa, kalau x sedap aku memang da siap sedia nak tutup muka dengan tudung saji kt kampung. hahaha.


Inilah ghupe kek dari budak baru belajar. Asal jadi je sudah. huhu.


Kat kampung, semua cousin and saudara bagi feedback positif. Tapi aku still x puas hati lagi sebab die punye tekstur tak sama pon macam dengan officemate aku dulu :( Rasa dah oke, cuma tekstur je yg tak memenuhi aku punya standard. Cehhh.

Lepas tu, minggu lepas ade Potluck & Sambutan Hari Raya kat tempat kerja. So, aku decide nak buat carrot cake untuk kali ke dua. hihi. Tangan oh tangan, jangan kau spoilkan projek aku ye.  :D



Bahan-bahan yang diperlukan:
3 3/4 cawan parutan carrot
6 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula *boleh tambah lagi 3/4 cawan jika mahu sedikit manis
3 cawan tepung gandum*
3 sudu kecil baking powder*
3 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis*
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam*
100 gram walnut - dicincang
sedikit hirisan badam - sebagai hiasan 

*campurkan 

Bahan untuk cream cheese frosting:
250 gram cream cheese
120 gram gula
120 gram butter
1 sudu teh esen vanilla



Cara-Cara:
1. Mula-mula macam biasa, pukul telur and gula sampai sebati. Kalau boleh sampai adunan tu jadi warna putih. Kalau bertukar warna lain, ada la tu yang manjampi. :P
2. Bila dah sebati, masukkan minyak dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kacau sampai adunan betul-betul sebati.
4. Lepas tu, barulah masukan parutan carrot dan walnut.
5. Apa lagi, adunan dah siap sepenuhnya. Dah boleh tuang dalam loyang dah. Before tu, sapukan keliling loyang dengan butter dulu.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 40-50 minit.


Cream cheese frosting:
Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Kemudian, bila kek dah siap, boleh sapukan pada permukaan da keliling kek.
Hiaskan dengan hirisan badam.


Siap daa! :D


Dah boleh bawak office dengan hidung kembang. wahaha. 

-____-"



Wednesday, 13 August 2014

Bye Bye Raya, Hello Kerja


Assalamualaikum


Selamat Hari Raya yg ke-17! Yess..diam tak diam dah tujuh belas hari Syawal berlalu. Bermulalah kehidupan manusia balik ke rutin harian. Raya hari tu aku cuti seminggu lebih. Cuti yg penuh dengan aktiviti. Orang lain cuti seminggu aku syok-syok cuti seminggu lebih. haha. Bukan apply cuti tapi dapat cuti free. hehe. Oke. Itu tunggu next entry. Semua cerita nanti aku update. Dah banyak sangat cerita aku tak share kat sini :)


Seminggu sebelum raya, aku langsung tak bukak blog. Terbawa-bawa sampai la raya. Itu yg langsung tak ada entry baru. Sebelum raya tu paham-paham la kan..dengan buat biskutnya, baju yang tak siap jahit lagi, kemas rumah yang dah mengalahkan tongkang pecah. huhu. Raya pulak asyik masak je, beraya kat kampung and rumah saudara mara. Yang sadisnya, nak raya dengan kawan-kawan pon tak dapat bila masing-masing dah kerja and beraya dengan family. Huwaa :( Macam aku la tu. Time ni la rasa nak masuk balik zaman study. Ada cuti semester. LOL


Aku merupakan cucu perempuan kedua sulung dalam family belah mak aku. Sebab tu la ramai cousin aku kecik lagi --" Nasib laa korang, Aku kahwin karang, memang aku kerah tiap sorang buat kerja masing-masing. hahaha


4 haribulan terus masuk kerja dengan semangat yang hilang. Mak aih, aku dah cuba cari semangat malam sebelum tu tapi tak dapat-dapat. Zero. Even aku tau persekitaran aku akan mula berubah pada 4th August tu. Sekali aku dah cuti lama, haa..memang macam gini la jadinya. Ke laut je la jawabnya kerja aku. hoho.


Kalau korang nak tahu, aku dah dapat kerja baru. Nak masuk 2 minggu dah. Alhamdulillah, everything went well. Kerja yang aku kira berharga sebab apa yg aku belajar tu dapat aku praktiskan sekarang. Gaji dan pengalaman? Of course pengalaman yg lagi penting. Dan bila dah dapat pengalaman tu  dalam 2 atau 3 tahun, mungkin aku baru boleh cari yg lebih baik dengan gaji yg lagi oke. :) Zaman sekarang nak cari kerja memang mencabar. Apa yg majikan tengok ialah pengalaman. Sebab tu time interview kalau boleh usaha habis-habisan yg kita boleh buat kerja walaupun tak ada pengalaman. Go go chayok!


Pasal kerja yg sebelum ni and kerja sekarang, tu tunggu entry lain ye! :D