Wednesday, 13 August 2014

Bye Bye Raya, Hello Kerja


Assalamualaikum


Selamat Hari Raya yg ke-17! Yess..diam tak diam dah tujuh belas hari Syawal berlalu. Bermulalah kehidupan manusia balik ke rutin harian. Raya hari tu aku cuti seminggu lebih. Cuti yg penuh dengan aktiviti. Orang lain cuti seminggu aku syok-syok cuti seminggu lebih. haha. Bukan apply cuti tapi dapat cuti free. hehe. Oke. Itu tunggu next entry. Semua cerita nanti aku update. Dah banyak sangat cerita aku tak share kat sini :)


Seminggu sebelum raya, aku langsung tak bukak blog. Terbawa-bawa sampai la raya. Itu yg langsung tak ada entry baru. Sebelum raya tu paham-paham la kan..dengan buat biskutnya, baju yang tak siap jahit lagi, kemas rumah yang dah mengalahkan tongkang pecah. huhu. Raya pulak asyik masak je, beraya kat kampung and rumah saudara mara. Yang sadisnya, nak raya dengan kawan-kawan pon tak dapat bila masing-masing dah kerja and beraya dengan family. Huwaa :( Macam aku la tu. Time ni la rasa nak masuk balik zaman study. Ada cuti semester. LOL


Aku merupakan cucu perempuan kedua sulung dalam family belah mak aku. Sebab tu la ramai cousin aku kecik lagi --" Nasib laa korang, Aku kahwin karang, memang aku kerah tiap sorang buat kerja masing-masing. hahaha


4 haribulan terus masuk kerja dengan semangat yang hilang. Mak aih, aku dah cuba cari semangat malam sebelum tu tapi tak dapat-dapat. Zero. Even aku tau persekitaran aku akan mula berubah pada 4th August tu. Sekali aku dah cuti lama, haa..memang macam gini la jadinya. Ke laut je la jawabnya kerja aku. hoho.


Kalau korang nak tahu, aku dah dapat kerja baru. Nak masuk 2 minggu dah. Alhamdulillah, everything went well. Kerja yang aku kira berharga sebab apa yg aku belajar tu dapat aku praktiskan sekarang. Gaji dan pengalaman? Of course pengalaman yg lagi penting. Dan bila dah dapat pengalaman tu  dalam 2 atau 3 tahun, mungkin aku baru boleh cari yg lebih baik dengan gaji yg lagi oke. :) Zaman sekarang nak cari kerja memang mencabar. Apa yg majikan tengok ialah pengalaman. Sebab tu time interview kalau boleh usaha habis-habisan yg kita boleh buat kerja walaupun tak ada pengalaman. Go go chayok!


Pasal kerja yg sebelum ni and kerja sekarang, tu tunggu entry lain ye! :D


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)