Monday, 25 August 2014

Resipi Carrot Cake



Assalamualaikum

Suatu hari entah kenapa perasaan nak makan carrot cake meluap-luap dalam diri aku. Lagi-lagi bila bukak peti ais. Haish, ternampak lobak yang tersusun cantik kat dalam plastik buat aku tidur tak lena mandi tak basah. kahkah. Haii... nak buat tak reti la pulak. Sebelum ni pon terjebak sebab ada officemate yg pandai buat carrot cake. Terus jatuh cinta sampai sekarang. Aku kalau bab makan memang macam gini. Haha. Aku memang dah lama tahu kewujudan carrot cake tu tapi entah kenapa tak ada keinginan nak cuba buat. Mungkin sebab carrot kot. Kalau coklat cake ke, indulgence ke, baru la kelasss. 0_o. Kahkah.


Time hari raya, itulah first time aku buat. Mengenangkan tak ada makanan yg nak dibawa ke kampung, so why not aku try buat carrot cake. Nasib laa, kalau x sedap aku memang da siap sedia nak tutup muka dengan tudung saji kt kampung. hahaha.


Inilah ghupe kek dari budak baru belajar. Asal jadi je sudah. huhu.


Kat kampung, semua cousin and saudara bagi feedback positif. Tapi aku still x puas hati lagi sebab die punye tekstur tak sama pon macam dengan officemate aku dulu :( Rasa dah oke, cuma tekstur je yg tak memenuhi aku punya standard. Cehhh.

Lepas tu, minggu lepas ade Potluck & Sambutan Hari Raya kat tempat kerja. So, aku decide nak buat carrot cake untuk kali ke dua. hihi. Tangan oh tangan, jangan kau spoilkan projek aku ye.  :D



Bahan-bahan yang diperlukan:
3 3/4 cawan parutan carrot
6 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula *boleh tambah lagi 3/4 cawan jika mahu sedikit manis
3 cawan tepung gandum*
3 sudu kecil baking powder*
3 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis*
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam*
100 gram walnut - dicincang
sedikit hirisan badam - sebagai hiasan 

*campurkan 

Bahan untuk cream cheese frosting:
250 gram cream cheese
120 gram gula
120 gram butter
1 sudu teh esen vanilla



Cara-Cara:
1. Mula-mula macam biasa, pukul telur and gula sampai sebati. Kalau boleh sampai adunan tu jadi warna putih. Kalau bertukar warna lain, ada la tu yang manjampi. :P
2. Bila dah sebati, masukkan minyak dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Kacau sampai adunan betul-betul sebati.
4. Lepas tu, barulah masukan parutan carrot dan walnut.
5. Apa lagi, adunan dah siap sepenuhnya. Dah boleh tuang dalam loyang dah. Before tu, sapukan keliling loyang dengan butter dulu.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 40-50 minit.


Cream cheese frosting:
Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Kemudian, bila kek dah siap, boleh sapukan pada permukaan da keliling kek.
Hiaskan dengan hirisan badam.


Siap daa! :D


Dah boleh bawak office dengan hidung kembang. wahaha. 

-____-"



1 comment:

  1. Sedapnyer kek...pandai adik buat...akak follow blog adik...

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)