Monday, 29 September 2014

20 Facts About Me



Assalamualaikum


Jom ketahui sebahagian fakta hidup aku!




1. Nama penuh seperti dalam IC Norfarahin binti Ilias. Farah and Farahin ialah nama panggilan dari kawan-kawan aku. Ein pulak dari saudara-mara aku. Berniat nak komersialkan panggilan ni dalam kalangan rakan, tapi tak pernah terluah nak komersialkan. haha --"


2. Nampak pendiam dengan orang yg tak berapa nak masuk and tak rapat, tapi boleh bertukar kepada mak joyah bila dengan kenalan rapat.


3. Pantang bila aku cuba nak ramah tamah dengan orang, die layan kita macam kita ni alien dari planet Pluto. Geram tau!

4. Patah balik dari kursus Science Stream ke Perakaunan masa Form 4, padahal sebelum tu beriya-iya nak amik Science! Dan terpaksa uruskan balik segala dokumen untuk masuk ke sekolah lama.


5. Sel-sel otak yg giat berhubung dengan terlalu aktif apabila sewaktu kecil aku menggelarkan Milo tu sebagai Alam dan lampu sebagai apek sehingga membuatkan orang yg mendengarnya tercengang. Not sebutan apek cina tu ye. Tak caya boleh tanya mak aku. Dan sampai sekarang aku tak paham kenapa jauh sangat imaginasi aku sampai menggelarkannya sebegitu.


6. Pandai tidur sendiri tanpa menyusahkan mak aku yg sibuk masak kt dapur dengan cara mengangkat punggung sehingga buaian tu terbuai dengan sendirinya sewaktu umur masih bulanan. Means umur belum setahun lagi. Nampak kan sel otak sangat aktif berhubung. Kecik-kecik dah pandai berdikari. Bagus anak mak ni. kahkah. Dan ramai saudara tahu pasal hal ni rupanya --"


7. Pecah rekod dengan memalukan diri sendiri apabila aku bawak basikal tayar mati yg berwarna warni ke sekolah masa Darjah 2 untuk latihan amal islami. Betapa bongoknya aku bila aku sangkakan ramai pelajar yg tertarik dengan basikal aku tu sebab suka, menarik, tertarik and dabomb sampaikan senior-senior sibuk nak main basikal aku dan menjerit "Eee...basikal tayar mati...basikal tayar mati..."  tapi sebenarnya mereka mentertawakan aku bila parents aku dah memahami cerita sebenarnya lepas dengar cerita aku. Dan tak pasal-pasal aku jadi femes disebabkan bawak basikal tayar mati. puii. T__T


8. Pernah tergolek menangis meronta-ronta dan menjerit macam tarzan dalam hutan kat supermarket semata-mata nak suruh parents belikan teddybear yg aku nak. Alahai...malu lagi... Masa umur 5 tahun kot?


9. Time kecik-kecik dulu, ramai orang suka puji and kata muka aku sama macam Siti Nurhaliza. Ini serius taw. Tak tipu punya. 0_0 Asal nampak Siti kat TV mesti saudara sibuk panggil aku. Orang kalau dah dipuji suka la kan. Tapi aku tak, Aku akan merajuk and menangis. hahaha, Pelik kan aku ni? Tapi sekarang kan dah takde pon yg cakap muka aku serupa Siti lagi.....adakah disebabkan takut perangai lama aku datang lagi? Ataupun sudah lupa? Ke muka aku dah berubah macam Siti Saleha? hahaha. Over kau.


10. Muka aku sering kali menjadi bahan ujikaji pengiraan tahi lalat oleh rakan sekelasku sewaktu di UiTM sebab 'perhiasan' di muka aku ini memang begitu ketara banyaknya. herher -_____-" Sekarang dah bertambah seketul woiii... argh!


11. Cinta monyet tak pernah wujud dalam kamus hidup aku sewaktu sekolah. Tapi, minat dalam diam ada! kahkah


12. Sentiasa menjadi wakil rumah sukan untuk acara lumba lari sewaktu sekolah rendah.


13. Muka wanted oleh guru disiplin masa sekolah menengah sebab selalu datang lewat ke sekolah. Bukan sengaja, salahkan bas! hoho.


14. Jadi hero masa kat rumah sewa sebab aku la penyelamat dunia. Anda takutkan lipas, cicak dan tikus? Usah gentar! Gua akan datang segera menyelamatkan anda dari ketakutan dan kegelian. xD


15. Apa yg terlintas di fikiran, spontan aku akan cakap tanpa aku sedar ada hati terasa dan tersentap sedangkan aku tak maksudkan apa-apa pon. So, kawan-kawanku! jangan pernah terasa dengan apa yg aku cakap. heheh


16. Suka berkawan tapi aku tak tahu cara untuk memulakan sebuah persahabatan! Ini kerana rujuk pada fakta No.2. Pity me. T__T Lagipon kiteww ni pemaluuu... blergh! *tangan di bahu mata ke atas*


17. Agak berkira ataupun senang cerita orang panggil kedekut. haha. Takdelah sampai macam Haji Bakhil. Bajet bulanan sentiasa ada dalam diari aku. Belanja biar berpada ye. hehehe


18. Expert drive kereta bertransmisi manual. Caya tak? *angkat kening* walaupun saiz badan macam budak sekolah rendah. Jangan naik heran bila kaki aku lurus tegang semacam tekan clutch. Harap anda semua mengerti. kihkih :P


19. Masih lagi tercari-cari apa itu makna cinta sejati. Dan aku masih menunggu kesejatian cinta itu. hahaha.


20. Nak kahwin! Tapi masih putera jatuh dari langit. Haha. Jatuh saham den. Oke Bye.



Saturday, 27 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com


Assalamualaikum

Jom kita ramai-ramai sertai Giveaway yang dianjurkan rakan blog kita :)


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Tuesday, 23 September 2014

Subang One City Skypark


As-salam,


Cerita nak hang out sesama tak dirancang pon sebenarnya. Cuma bila kitorang ada datang untuk interview satu kelab ni, barulah sedar rupanya. asing-masing dah lama x jumpa since April. Tu pon jumpa sebab member sekolah kahwin. Rumah punyalah dekat sekangkang gajah. Tapi, tak delah dekat macam sekangkang kera. haha.  


So, cuti merdeka yg lepas kitorang pon spent time together kekononnya, :D Isnin kan cuti! Jangan nak bagi alasan tak dapat nak join ye! Wajib! Bukan aku yg cakap ye ni. Ayat Dayu la ni. haha. Bertiga la kami keluar pagi Isnin ke Times Square ke kita. Jalan cuci mata tengok baju, makan then lepas zohor terus keluar. Plan nak cari port lepak. So decide terus pergi ke Subang One City. Dah nak hampir setahun jugak la tempat ni dibuka.


Pic: Google

Aim kitorang kat tempat yang paling atas sekali tu. Yeahh! Dah nama pon skypark. For sure la kat atas. Maybe sebab tempat ni baru lagi, fee untuk park kereta belum dikenakan lagi. So, sesiapa yg nak datang sini, cepat-cepat la datang eh.

Subang One City sebenarnya ada 3 sections:
 Sky Park, The Place & Garden Shoppe. Baru aku tahu lepas tengok website One City. Bangunan yg aku pergi ni section Sky Park. Untuk The Place and Garden Shoppe tak sampai lagi sebab aku tak tahu rupanya 2 sections ni terletak kat belakang Sky Park. -____- Tapi kalau tengok kawasan kat situ, nampak macam belum siap sepenuhnya lagi.



Masuk lif tekan terus nombor 10. Baru ku tahu rupanya kat sini pon ada office bertapak. Agak pelik jugak la ada office dalam mall. Haa! Kat sini pon ada wayang tapi agak kecil and klasik bila tengok. Wayang GSC bukan apatah lagi TGV. Yang penting bukan wayang kulit ye -_____-

Siapa yang gayat ketinggian tu, toksah ngada-ngada nak datang sini. :P


Nahhh...tudiaa...kat sini lantai lutsinar taw. So, bila kita pijak atas area lantai kaca ni, kita boleh nampak mall kat dalam tu. Lagi syok kalau datang malam. Boleh nampak dengan jelas, nyata dan terang! Siang cuma nampak kabur-kabur je. Silau. Tu sebab orang tak perasan lantai ni sebenarnya lutsinar. Sekali pandang bawah, confirm tak nak menapak atas lantai ni. Ini untuk orang yg gayat ler yg perangai cenggitu. huahua. 



Aku tengok pokok ni macam lalang pon ada. Sekali imbas dah macam daun bawang yg besar. Haha. Oh ye, restoran kat skypark ni pon sebenarnya banyak restoran cina. Memang akan nampak la poster-poster arak and beer kat setiap restoran tu. 

Izinkan kami ber'wefie'. :p



Banyak je gambar kitorang kat skypark tu, tapi kalau aku letak banyak-banyak kang, ada yg muak pulak nak baca. Wakaka. Moh le kita masuk ke dalam mall, cari air. Oi, panas baq hang time tu sampai air liur pon da kering. 


See? Ada taman kecil kat situ!! Jom lepak situ! 


Mati-mati aku ingatkan ni rumput betul. Rupa-rupanya rumput tipu dah. haha. Part yg kelakarnya bila kitorang tengah syok berborak, tiba-tiba ada sorang budak jatuh kat dalam air yg kat belakang kitorang tu. Wehehe. Terus parents dia keluarkan. Habis lencun baju budak itu. Kesian pon ada. Ini kat dalam mall dik oi. Bukan kat taman. Nak kejar rama-rama dah terbuat kuak kupu-kupu dalam tu. :'p


See! Dari dalam dah boleh nampak atas!

Konsep yg diketengahkan pon ala-ala Jepun gitu. Jarang kan jumpa mall yg siap ada taman, small pond and pokok-pokok bagai. Nah, One City tempat pertama yg mengetengahkan konsep ni. Dari gambar kat atas pon boleh nampak bangunan ni dipenuhi dengan dinding-dinding kaca. Lantai pula bukan dari simen or mozek tau, tapi dari kayu! Beza kan? :D Dah nama pon konsep ala Jepun, kedai makan kat sini pon banyak style Jepun and Korea. Kedai untuk lidah Melayu ada je, cuma tak banyak.


So, sesiapa yg nak berkunjung ke sini, ni alamatnya taw! Kalau tak jumpa guna GPS je k! :)



OneCity, Jalan USJ 25/1A,, 47650 Subang Jaya, Selangor.






Sunday, 7 September 2014

Jom Install WhatsApp Plus


Assalamualaikum


Holaaa...Kenapa baru sekarang aku tahu kewujudan WhatsApp+
Mula-mula perasan jugak la ade orang post, screenshot dr WhatsApp. Biasalah, dunia sekarang, asal menarik je conversation tu, terus update. Terus hilang entah ke mana privacy life.
Awat lain bebeno dari WhatsApp biasa? Huiyoo...colourful bagai.


Then, satu hari tu la, aku terperasan pulak WhatsApp member aku lain. Haa! Colurful kau. Mata aku ni sensitif sikit kalau bab-bab colourful ni. Muahaha.
Terus aku mintak dia ajar cara-cara nak install WhatsApp+ ni.
Fulamakk...senang je rupanya. Kacang goreng pon kalah die punya senang tu. haha
Tapi tu la, bila da tahu senang, jangan berlagak sangat. Nanti tak jadi. Terjadi kat aku la tuh. kahkah
Install punya install, asyik tak lepas je. Entah ape benda la diorang merepek suruh remove CleanMaster. Jadah ape la aku nak install app tu. Nak guna pon tak reti nokks!


Last-last aku reset balik. Lastly! jadi oke. hehe
Meh aku tunjuk step by step.

1) First step. Pergi dekat setting WhatsApp > Chat Setting > Backup Conversations. 
Haa. Jumpa kan. Tekan 2-3 kali untuk backup conversation.
2) Pergi Google. Nak senang copy link ni http://whatsapp-plus.en.uptodown.com/android
Download siap-siap oke.
3) Once da download, uninstall WhatsApp yg lama tu. Jangan risau oke. Tadi da buat Backup Conversation kan. Nanti boleh restore.
4) Then, baru boleh install WhatsApp+. Kalau terbuang die punya notification, cari balik la kat file Download. hee
5)Ikut arahan yg die bagi. Nanti die suruh masukkan balik no telefon, Pastu boleh pilih nak restore ke tak conversation yg sebelum-sebelum ni.
6) WhatsApp anda yg lama dah bertukar kepada WhatsApp yg baru! Yeahh!




Jangan nganjing aku pulak sebab tunjuk conversation ni. Aku just bagi contoh oke. haha


Ini yg paling simple aku touch up. Banyak colour sangat pon poning. Kalau nak ubah size, theme, colour, semua ada kat setting. Ape yg best emoticon kat WhatsApp+ ni lagi banyak and lagi best. Tapi kalau kita send emoticon yg pelik-pelik kat kawan yg masih guna WhatsApp lama, diorang akan dapat blank box jee. Weehee. So bertukar la kepada WhatsApp+  Ngeh2.

 Emoticon baru untuk WhatsApp+ user.


 
Nahhh..itu dia. Kat sini boleh tukar semua theme yg kita nak. Kalau gambar belah kanan, kat situ la setting untuk tukar-tukar colour, size, gambar, and any appearance.



So, Selamat BerWhatsApp.


*Kalau x dapat install. Try sampai boleh. Hee



TEMPAT PALING TERBAIK UNTUK BERMULA!


Saturday, 6 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 


Jom ramai-ramai kita join GA ni. Mana tahu ada rezeki dapat hadiah yg best-best dari sponsor! 
GA ni berlangsung selama seminggu oke. Klik banner di atas jika berminat! :D


Thanks.


Wednesday, 3 September 2014

Ceritera Kerjayaku



Seperti yg dijanjikan, hari ni aku nak share pasal life aku kat tempat kerja baru. Dan jugak pasal kerja lama.
Siapa yg follow aku punya perkembangan, dah tau la kot kerja aku sebelum ni sebagai apa.
Meh siapa yg follow, raise your hands up please!





Krik krik krik





-________________-



Err.. tak ade ye yg follow aku punya cerita? Tolonglah ade wehhh.....
Gaya macam dah memaksa orang! hahaha

 Kat >>>SINI<<< full entry aku story pasal kerja aku. Dan sampai sekarang, kira lama jugak aku berkhidmat dalam bidang terjun yg langsung x ada kena mengena dengan qualification aku. Masa dalam tempoh kerja sebagai document controller, memang mencabar jugak nak cari kerja yg aku betul-betul nak. Dekat setahun kerja memang dah boleh kira pengalaman. Tipulah kalau aku rasa aku langsung tak risau pasal kerja ni. Tapi aku percaya, selagi kita usaha dan percaya rezeki kita memang dah tertulis,mesti akan datang. 


Dalam tempoh 11 bulan aku kerja, banyak kerja yg aku apply. Aku hantar resume sana sini. Tak cukup dengan tu, aku apply pulak through jobstreet, jobSDB, mudah.my dan lain-lain. But the most active site is jobstreet la. Hari-hari aku bukak. Tengok if ada vacancy yg available and dekat dengan rumah. Ngada-ngada nak yg dekat kan. Macam ginilah jadinya. Lambat nak dapat kerja. Tapi aku fikir kos hidup. Gaji besar tapi bila dah tolak duit sewa, makan, transport bagai, last-last lebih kurang je kan.

Panggilan interview yg jauh-jauh memang aku reject. Dekat 10 kali jugak aku pergi interview merata tempat yg dekat dengan rumah. Macam-macam rupa tempat kerja aku dapat tengok. Ada kilang yg oke tapi mak ai, ni kilang ke tempat pembuangan sampah? @_@" Kilang dah oke, orang pon oke, tempat pulak macam x selesa. Yg mencabar keimanan tahap petala kelapan bila ada satu tempat ni ghupenye kilang jualan beer. Allah...buang masa aku je datang interview tau. Nama kilang punyalah Melayu habis, last-last rupanya jual benda haram tu. Maap la ye, saya tak nak subahat walaupun aku tahu explain berjela macam mana pon, Cina tu mesti tak paham even tak minum. So, in short word "Oh, sorry, I cannot accept this offer. Sorry again"  Company ni pon satu, yg hang dok nak letak company confidential kt jobstreet pasai pa? Haish

Dan part yg aku tak paham, ada jugak Melayu yg kerja situ. Hmmm.

Banyak kali jugak la aku masuk kerja lambat. Habis je interview terus pecut pergi kerja. Yg penting sebelum pukul 12. kuikui. Pagi-pagi aku da inform officemate aku masuk lambat. Ada hal kononnya. :P Jangan ikot perangaiku yg satu ini. Nehi nehi nehi!

Dalam bulan puasa aku dapat satu panggilan yg permohonan aku berjaya. Terus aku cakap aku terima. Tak pikir ape dah. Lepas tu, barulah rasa x sampai hati nak bagitahu bos yg aku nak resign. Tak sampai hati sebab takut dia tak boleh nak terima. Seminggu jugak la aku bolak balik. Orang first yg aku inform nak resign is Kak Fiza, satu department dengan aku. Last-last bila Kak Fiza dah bagitahu dengan bos aku (Mr. Rajen) barulah dia suruh aku cepat-cepat inform bos besar aku, Mr Baek supaya dia boleh request orang baru. Barulah ada kekuatan sikit. Terngiang-ngiang lagi time.........


Aku menapak ke tempat Mr. Baek. Lama aku berdiri dan,
"Mr. Baek.... I want to tell u something but please, dont angry aa..."
Dia jeling "Why?"
Aku cuma sengih, penuh makna..and muka pon ada serba salah sikit nak bagitahu. Lama aku diam.
"U want to resign?" Dia meneka.
Terus aku bagi dia resign letter yg tersorok di belakang aku. 
"Why?" Muka dia memang dah kelat habis.
"I got a new job. So, this is my decision."
"Where? Bla...blaa..." Tangan dia asyik mengetam kat aku dan aku sempat mengelak.kuikui.
..........................
Sentap aku jadinya bila Mr Baek ambil resign letter aku dan terus letak tray. 
"No! I dont want to sign your resign letter"
"You must sign!" Aku ambil kalendar atas meja dia. "See. 24th will be my last day. U must sign"



Entah macam mana, dipendekkan cerita bos aku sign jugak lastly. Tu belom lagi part yg die suruh aku extend sebulan. Memang tak la cerita dia. Aku dah buat confirmation dengan tempat kerja baru. Tinggal nak amik offer letter je. Dan tanggal 24hb July 2014 was my last day in Elentec Sdn Bhd. Annyeonghigaseyo!



............................................................................................................................................



Sebulan berlalu. Aku dah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Kawan baru. Suasana baru. 

Kalau sebelum ni, lagi 5 minit sebelum loceng bunyi, aku baru keluar rumah. :P
Sekarang 30 minit sebelum bunyi, aku dah kena keluar rumah nak elak jam.
Sebelum ni aku pergi office pakai baju biase je.
Sekarang aku dah kena pakai uniform. 
Sebelum ni waktu lunch free je.
Tapi sekarang, kena bayar. Plus kena keluar pulak tu. Huwaa... T__T


Betul kata orang, tak suka mana pon kita kat sesuatu benda, pasti ada part yg kita rindu. 
Aku rindu nak masuk kelas. 
Rindu nak belajar lagi bahasa Korea. Kelas yg diwujudkan di tempat kerja lama aku.
Dalam seminggu kena belajar selama 3 jam untuk 3 kali kelas.
Aku suka tak bermakna aku ni peminat Kpop. 
Mentaliti orang. Asal excited pasal Korea je, mesti terus kata kita ni Kpop. Haish -___-"



Mana tak excitednya aku bila some of basic communication and things aku dah tahu dalam bahasa Korea.
Lagi excited bila aku dah boleh baca bahasa Korea walaupun masih slow lagi nak cam.
Tapi tak mustahil jadi lancar membaca kalau selalu praktis kan? :)
Menulis pon dah boleh dah. Tak adalah nampak macam batang kayu jek. haha.
Slacknya bila, dah tahu membaca tapi tak tahu makna...huwaa...sayang sangat kan...hmm.
Takpe. Tenet da ada kan. Hujung jari je. huahua


Ji Hwa and Sang Hee.
They were my teacher for my Korean class.
And also my friend. Many talk session with them coz they were very friendly! :D


Sekarang dah tak ada lagi semua tu. Bukan pengalaman hidup namanya kalau semua benda asyik nak sama je kan. Aku enjoy dengan kerja sekarang. At least apa yg aku belajar aku dapat praktiskan. Kerja aku so far tak adalah banyak mana pon. Kira biase-biase je. Mungkin sebab under AR. Kalau AP memang non stop kerja. Asyik buat payment jek. Mungkin kalau ada peluang yg lagi baik datang lepas ni, mestilah aku grab! :D


Panjang entry ni. Happy Reading! :D