Monday, 29 September 2014

20 Facts About Me



Assalamualaikum


Jom ketahui sebahagian fakta hidup aku!




1. Nama penuh seperti dalam IC Norfarahin binti Ilias. Farah and Farahin ialah nama panggilan dari kawan-kawan aku. Ein pulak dari saudara-mara aku. Berniat nak komersialkan panggilan ni dalam kalangan rakan, tapi tak pernah terluah nak komersialkan. haha --"


2. Nampak pendiam dengan orang yg tak berapa nak masuk and tak rapat, tapi boleh bertukar kepada mak joyah bila dengan kenalan rapat.


3. Pantang bila aku cuba nak ramah tamah dengan orang, die layan kita macam kita ni alien dari planet Pluto. Geram tau!

4. Patah balik dari kursus Science Stream ke Perakaunan masa Form 4, padahal sebelum tu beriya-iya nak amik Science! Dan terpaksa uruskan balik segala dokumen untuk masuk ke sekolah lama.


5. Sel-sel otak yg giat berhubung dengan terlalu aktif apabila sewaktu kecil aku menggelarkan Milo tu sebagai Alam dan lampu sebagai apek sehingga membuatkan orang yg mendengarnya tercengang. Not sebutan apek cina tu ye. Tak caya boleh tanya mak aku. Dan sampai sekarang aku tak paham kenapa jauh sangat imaginasi aku sampai menggelarkannya sebegitu.


6. Pandai tidur sendiri tanpa menyusahkan mak aku yg sibuk masak kt dapur dengan cara mengangkat punggung sehingga buaian tu terbuai dengan sendirinya sewaktu umur masih bulanan. Means umur belum setahun lagi. Nampak kan sel otak sangat aktif berhubung. Kecik-kecik dah pandai berdikari. Bagus anak mak ni. kahkah. Dan ramai saudara tahu pasal hal ni rupanya --"


7. Pecah rekod dengan memalukan diri sendiri apabila aku bawak basikal tayar mati yg berwarna warni ke sekolah masa Darjah 2 untuk latihan amal islami. Betapa bongoknya aku bila aku sangkakan ramai pelajar yg tertarik dengan basikal aku tu sebab suka, menarik, tertarik and dabomb sampaikan senior-senior sibuk nak main basikal aku dan menjerit "Eee...basikal tayar mati...basikal tayar mati..."  tapi sebenarnya mereka mentertawakan aku bila parents aku dah memahami cerita sebenarnya lepas dengar cerita aku. Dan tak pasal-pasal aku jadi femes disebabkan bawak basikal tayar mati. puii. T__T


8. Pernah tergolek menangis meronta-ronta dan menjerit macam tarzan dalam hutan kat supermarket semata-mata nak suruh parents belikan teddybear yg aku nak. Alahai...malu lagi... Masa umur 5 tahun kot?


9. Time kecik-kecik dulu, ramai orang suka puji and kata muka aku sama macam Siti Nurhaliza. Ini serius taw. Tak tipu punya. 0_0 Asal nampak Siti kat TV mesti saudara sibuk panggil aku. Orang kalau dah dipuji suka la kan. Tapi aku tak, Aku akan merajuk and menangis. hahaha, Pelik kan aku ni? Tapi sekarang kan dah takde pon yg cakap muka aku serupa Siti lagi.....adakah disebabkan takut perangai lama aku datang lagi? Ataupun sudah lupa? Ke muka aku dah berubah macam Siti Saleha? hahaha. Over kau.


10. Muka aku sering kali menjadi bahan ujikaji pengiraan tahi lalat oleh rakan sekelasku sewaktu di UiTM sebab 'perhiasan' di muka aku ini memang begitu ketara banyaknya. herher -_____-" Sekarang dah bertambah seketul woiii... argh!


11. Cinta monyet tak pernah wujud dalam kamus hidup aku sewaktu sekolah. Tapi, minat dalam diam ada! kahkah


12. Sentiasa menjadi wakil rumah sukan untuk acara lumba lari sewaktu sekolah rendah.


13. Muka wanted oleh guru disiplin masa sekolah menengah sebab selalu datang lewat ke sekolah. Bukan sengaja, salahkan bas! hoho.


14. Jadi hero masa kat rumah sewa sebab aku la penyelamat dunia. Anda takutkan lipas, cicak dan tikus? Usah gentar! Gua akan datang segera menyelamatkan anda dari ketakutan dan kegelian. xD


15. Apa yg terlintas di fikiran, spontan aku akan cakap tanpa aku sedar ada hati terasa dan tersentap sedangkan aku tak maksudkan apa-apa pon. So, kawan-kawanku! jangan pernah terasa dengan apa yg aku cakap. heheh


16. Suka berkawan tapi aku tak tahu cara untuk memulakan sebuah persahabatan! Ini kerana rujuk pada fakta No.2. Pity me. T__T Lagipon kiteww ni pemaluuu... blergh! *tangan di bahu mata ke atas*


17. Agak berkira ataupun senang cerita orang panggil kedekut. haha. Takdelah sampai macam Haji Bakhil. Bajet bulanan sentiasa ada dalam diari aku. Belanja biar berpada ye. hehehe


18. Expert drive kereta bertransmisi manual. Caya tak? *angkat kening* walaupun saiz badan macam budak sekolah rendah. Jangan naik heran bila kaki aku lurus tegang semacam tekan clutch. Harap anda semua mengerti. kihkih :P


19. Masih lagi tercari-cari apa itu makna cinta sejati. Dan aku masih menunggu kesejatian cinta itu. hahaha.


20. Nak kahwin! Tapi masih putera jatuh dari langit. Haha. Jatuh saham den. Oke Bye.



4 comments:

  1. Pernah pakai basikal tayar mati sewaktu darjah satu...

    3x polis datang rumah... Sebab ada kes sikit. He..23x tak sangka femes juga gua berbasikal dulu....

    Kisah dah lebih 20 tahun berlalu

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. Perghh terronyaaa pandai bawak manual! tabik spring laaa!

    ReplyDelete
  3. wah detail tu Farah but at the end dah nak kawin huhu... :)salam ukhwah..

    ReplyDelete
  4. Number 3 tu can relate ^^

    www.aimisyafiqah.com

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)