Wednesday, 3 September 2014

Ceritera Kerjayaku



Seperti yg dijanjikan, hari ni aku nak share pasal life aku kat tempat kerja baru. Dan jugak pasal kerja lama.
Siapa yg follow aku punya perkembangan, dah tau la kot kerja aku sebelum ni sebagai apa.
Meh siapa yg follow, raise your hands up please!





Krik krik krik





-________________-



Err.. tak ade ye yg follow aku punya cerita? Tolonglah ade wehhh.....
Gaya macam dah memaksa orang! hahaha

 Kat >>>SINI<<< full entry aku story pasal kerja aku. Dan sampai sekarang, kira lama jugak aku berkhidmat dalam bidang terjun yg langsung x ada kena mengena dengan qualification aku. Masa dalam tempoh kerja sebagai document controller, memang mencabar jugak nak cari kerja yg aku betul-betul nak. Dekat setahun kerja memang dah boleh kira pengalaman. Tipulah kalau aku rasa aku langsung tak risau pasal kerja ni. Tapi aku percaya, selagi kita usaha dan percaya rezeki kita memang dah tertulis,mesti akan datang. 


Dalam tempoh 11 bulan aku kerja, banyak kerja yg aku apply. Aku hantar resume sana sini. Tak cukup dengan tu, aku apply pulak through jobstreet, jobSDB, mudah.my dan lain-lain. But the most active site is jobstreet la. Hari-hari aku bukak. Tengok if ada vacancy yg available and dekat dengan rumah. Ngada-ngada nak yg dekat kan. Macam ginilah jadinya. Lambat nak dapat kerja. Tapi aku fikir kos hidup. Gaji besar tapi bila dah tolak duit sewa, makan, transport bagai, last-last lebih kurang je kan.

Panggilan interview yg jauh-jauh memang aku reject. Dekat 10 kali jugak aku pergi interview merata tempat yg dekat dengan rumah. Macam-macam rupa tempat kerja aku dapat tengok. Ada kilang yg oke tapi mak ai, ni kilang ke tempat pembuangan sampah? @_@" Kilang dah oke, orang pon oke, tempat pulak macam x selesa. Yg mencabar keimanan tahap petala kelapan bila ada satu tempat ni ghupenye kilang jualan beer. Allah...buang masa aku je datang interview tau. Nama kilang punyalah Melayu habis, last-last rupanya jual benda haram tu. Maap la ye, saya tak nak subahat walaupun aku tahu explain berjela macam mana pon, Cina tu mesti tak paham even tak minum. So, in short word "Oh, sorry, I cannot accept this offer. Sorry again"  Company ni pon satu, yg hang dok nak letak company confidential kt jobstreet pasai pa? Haish

Dan part yg aku tak paham, ada jugak Melayu yg kerja situ. Hmmm.

Banyak kali jugak la aku masuk kerja lambat. Habis je interview terus pecut pergi kerja. Yg penting sebelum pukul 12. kuikui. Pagi-pagi aku da inform officemate aku masuk lambat. Ada hal kononnya. :P Jangan ikot perangaiku yg satu ini. Nehi nehi nehi!

Dalam bulan puasa aku dapat satu panggilan yg permohonan aku berjaya. Terus aku cakap aku terima. Tak pikir ape dah. Lepas tu, barulah rasa x sampai hati nak bagitahu bos yg aku nak resign. Tak sampai hati sebab takut dia tak boleh nak terima. Seminggu jugak la aku bolak balik. Orang first yg aku inform nak resign is Kak Fiza, satu department dengan aku. Last-last bila Kak Fiza dah bagitahu dengan bos aku (Mr. Rajen) barulah dia suruh aku cepat-cepat inform bos besar aku, Mr Baek supaya dia boleh request orang baru. Barulah ada kekuatan sikit. Terngiang-ngiang lagi time.........


Aku menapak ke tempat Mr. Baek. Lama aku berdiri dan,
"Mr. Baek.... I want to tell u something but please, dont angry aa..."
Dia jeling "Why?"
Aku cuma sengih, penuh makna..and muka pon ada serba salah sikit nak bagitahu. Lama aku diam.
"U want to resign?" Dia meneka.
Terus aku bagi dia resign letter yg tersorok di belakang aku. 
"Why?" Muka dia memang dah kelat habis.
"I got a new job. So, this is my decision."
"Where? Bla...blaa..." Tangan dia asyik mengetam kat aku dan aku sempat mengelak.kuikui.
..........................
Sentap aku jadinya bila Mr Baek ambil resign letter aku dan terus letak tray. 
"No! I dont want to sign your resign letter"
"You must sign!" Aku ambil kalendar atas meja dia. "See. 24th will be my last day. U must sign"



Entah macam mana, dipendekkan cerita bos aku sign jugak lastly. Tu belom lagi part yg die suruh aku extend sebulan. Memang tak la cerita dia. Aku dah buat confirmation dengan tempat kerja baru. Tinggal nak amik offer letter je. Dan tanggal 24hb July 2014 was my last day in Elentec Sdn Bhd. Annyeonghigaseyo!



............................................................................................................................................



Sebulan berlalu. Aku dah mula menyesuaikan diri di tempat baru. Kawan baru. Suasana baru. 

Kalau sebelum ni, lagi 5 minit sebelum loceng bunyi, aku baru keluar rumah. :P
Sekarang 30 minit sebelum bunyi, aku dah kena keluar rumah nak elak jam.
Sebelum ni aku pergi office pakai baju biase je.
Sekarang aku dah kena pakai uniform. 
Sebelum ni waktu lunch free je.
Tapi sekarang, kena bayar. Plus kena keluar pulak tu. Huwaa... T__T


Betul kata orang, tak suka mana pon kita kat sesuatu benda, pasti ada part yg kita rindu. 
Aku rindu nak masuk kelas. 
Rindu nak belajar lagi bahasa Korea. Kelas yg diwujudkan di tempat kerja lama aku.
Dalam seminggu kena belajar selama 3 jam untuk 3 kali kelas.
Aku suka tak bermakna aku ni peminat Kpop. 
Mentaliti orang. Asal excited pasal Korea je, mesti terus kata kita ni Kpop. Haish -___-"



Mana tak excitednya aku bila some of basic communication and things aku dah tahu dalam bahasa Korea.
Lagi excited bila aku dah boleh baca bahasa Korea walaupun masih slow lagi nak cam.
Tapi tak mustahil jadi lancar membaca kalau selalu praktis kan? :)
Menulis pon dah boleh dah. Tak adalah nampak macam batang kayu jek. haha.
Slacknya bila, dah tahu membaca tapi tak tahu makna...huwaa...sayang sangat kan...hmm.
Takpe. Tenet da ada kan. Hujung jari je. huahua


Ji Hwa and Sang Hee.
They were my teacher for my Korean class.
And also my friend. Many talk session with them coz they were very friendly! :D


Sekarang dah tak ada lagi semua tu. Bukan pengalaman hidup namanya kalau semua benda asyik nak sama je kan. Aku enjoy dengan kerja sekarang. At least apa yg aku belajar aku dapat praktiskan. Kerja aku so far tak adalah banyak mana pon. Kira biase-biase je. Mungkin sebab under AR. Kalau AP memang non stop kerja. Asyik buat payment jek. Mungkin kalau ada peluang yg lagi baik datang lepas ni, mestilah aku grab! :D


Panjang entry ni. Happy Reading! :D

1 comment:

  1. tahniah...mesti seronok dapat kerja yang diidamkan

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)