Tuesday, 23 September 2014

Subang One City Skypark


As-salam,


Cerita nak hang out sesama tak dirancang pon sebenarnya. Cuma bila kitorang ada datang untuk interview satu kelab ni, barulah sedar rupanya. asing-masing dah lama x jumpa since April. Tu pon jumpa sebab member sekolah kahwin. Rumah punyalah dekat sekangkang gajah. Tapi, tak delah dekat macam sekangkang kera. haha.  


So, cuti merdeka yg lepas kitorang pon spent time together kekononnya, :D Isnin kan cuti! Jangan nak bagi alasan tak dapat nak join ye! Wajib! Bukan aku yg cakap ye ni. Ayat Dayu la ni. haha. Bertiga la kami keluar pagi Isnin ke Times Square ke kita. Jalan cuci mata tengok baju, makan then lepas zohor terus keluar. Plan nak cari port lepak. So decide terus pergi ke Subang One City. Dah nak hampir setahun jugak la tempat ni dibuka.


Pic: Google

Aim kitorang kat tempat yang paling atas sekali tu. Yeahh! Dah nama pon skypark. For sure la kat atas. Maybe sebab tempat ni baru lagi, fee untuk park kereta belum dikenakan lagi. So, sesiapa yg nak datang sini, cepat-cepat la datang eh.

Subang One City sebenarnya ada 3 sections:
 Sky Park, The Place & Garden Shoppe. Baru aku tahu lepas tengok website One City. Bangunan yg aku pergi ni section Sky Park. Untuk The Place and Garden Shoppe tak sampai lagi sebab aku tak tahu rupanya 2 sections ni terletak kat belakang Sky Park. -____- Tapi kalau tengok kawasan kat situ, nampak macam belum siap sepenuhnya lagi.



Masuk lif tekan terus nombor 10. Baru ku tahu rupanya kat sini pon ada office bertapak. Agak pelik jugak la ada office dalam mall. Haa! Kat sini pon ada wayang tapi agak kecil and klasik bila tengok. Wayang GSC bukan apatah lagi TGV. Yang penting bukan wayang kulit ye -_____-

Siapa yang gayat ketinggian tu, toksah ngada-ngada nak datang sini. :P


Nahhh...tudiaa...kat sini lantai lutsinar taw. So, bila kita pijak atas area lantai kaca ni, kita boleh nampak mall kat dalam tu. Lagi syok kalau datang malam. Boleh nampak dengan jelas, nyata dan terang! Siang cuma nampak kabur-kabur je. Silau. Tu sebab orang tak perasan lantai ni sebenarnya lutsinar. Sekali pandang bawah, confirm tak nak menapak atas lantai ni. Ini untuk orang yg gayat ler yg perangai cenggitu. huahua. 



Aku tengok pokok ni macam lalang pon ada. Sekali imbas dah macam daun bawang yg besar. Haha. Oh ye, restoran kat skypark ni pon sebenarnya banyak restoran cina. Memang akan nampak la poster-poster arak and beer kat setiap restoran tu. 

Izinkan kami ber'wefie'. :p



Banyak je gambar kitorang kat skypark tu, tapi kalau aku letak banyak-banyak kang, ada yg muak pulak nak baca. Wakaka. Moh le kita masuk ke dalam mall, cari air. Oi, panas baq hang time tu sampai air liur pon da kering. 


See? Ada taman kecil kat situ!! Jom lepak situ! 


Mati-mati aku ingatkan ni rumput betul. Rupa-rupanya rumput tipu dah. haha. Part yg kelakarnya bila kitorang tengah syok berborak, tiba-tiba ada sorang budak jatuh kat dalam air yg kat belakang kitorang tu. Wehehe. Terus parents dia keluarkan. Habis lencun baju budak itu. Kesian pon ada. Ini kat dalam mall dik oi. Bukan kat taman. Nak kejar rama-rama dah terbuat kuak kupu-kupu dalam tu. :'p


See! Dari dalam dah boleh nampak atas!

Konsep yg diketengahkan pon ala-ala Jepun gitu. Jarang kan jumpa mall yg siap ada taman, small pond and pokok-pokok bagai. Nah, One City tempat pertama yg mengetengahkan konsep ni. Dari gambar kat atas pon boleh nampak bangunan ni dipenuhi dengan dinding-dinding kaca. Lantai pula bukan dari simen or mozek tau, tapi dari kayu! Beza kan? :D Dah nama pon konsep ala Jepun, kedai makan kat sini pon banyak style Jepun and Korea. Kedai untuk lidah Melayu ada je, cuma tak banyak.


So, sesiapa yg nak berkunjung ke sini, ni alamatnya taw! Kalau tak jumpa guna GPS je k! :)



OneCity, Jalan USJ 25/1A,, 47650 Subang Jaya, Selangor.






10 comments:

  1. Salam perkenalan...

    Haritu akak ada jgk gi sana...tapi siang...tulah org ckp malam lagi best kst skypark tu....next time nak kena gi lagini..

    ReplyDelete
  2. Mcm best pulak tpt tu...dulu selalu gak g subang sb hq shaklee kat situ.. skrg dah pindah kat sunway.. kalau ada kelapangan bol3h gak jalan ke city one tu.. tq for info...

    ReplyDelete
  3. baru je pegi tadi :) ni nak usha2 apa komen yang lain. salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. operating hour dr jam berapa sampai jam berapa ek?

    ReplyDelete
  5. Penah pegi juga tapi siang. Teringin nak tengok indahnya waktu mlm disitu. Tq for sharing

    ReplyDelete
  6. pegi sini klau pakai kain boleh ke? org dri bawah nampak x? nak pegi tapi pakai kain la pulakk

    ReplyDelete
  7. pegi sini klau pakai kain boleh ke? org dri bawah nampak x? nak pegi tapi pakai kain la pulakk

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)