Thursday, 20 November 2014

Bersemadilah Dengan Aman Wahai Kesayanganku!



Aku tak pernah terfikir pengakhiran hidup dia akan jadi begitu. Penyebabnya adalah berpunca dari perbuatan aku tanpa sengaja :'(

Pagi Jumaat lepas (7 November 2014) rutin aku bermula macam biasa seperti hari-hari sebelumnya. Tepat pukul 7.30am aku keluar dari rumah untuk pergi ke kerja. Aku start enjin kereta dan terus duduk sementara menunggu enjin panas. At the same time aku main phone and dengar radio.

3 minit selepas itu, tangan dan kaki aku mainkan peranan. Mau terlambat sampai tempat kerja nanti. Kaki kiri aku tekan clutch dan tangan terus gerak masuk ke gear reverse. Kaki kanan terus tekan minyak. Dan semasa aku reverse, aku terasa sesuatu. Yes, seperti terlanggar sesuatu yang berupa kayu atau batu pada tayar hadapan.

Aku panjangkan leher dan jenguk ke hadapan. Aku tersentak! Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni. Mata aku dah terasa kabur. Terasa nak pengsan bila kejadian tu berlaku betul-betul di depan mata aku. Aku meluru keluar dari kereta dan menjerit memanggil ahli keluarga aku yang lain. Hati mana yang tak luluh apabila anak kucing yang baru aku ambil untuk dibela mati disebabkan aku.

Aku memandu ke tempat kerja dengan jiwa yang teresak-esak. Masih terbayang-bayang dalam ingatan anak kucing itu menggelupur kesakitan dengan keadaan kepalanya yang sudah tidak dapat aku gambarkan lagi sebelum dia mati. Aku mula menyalahkan diri aku.

Pada hari tu, aku langsung tak ada mood nak buat kerja. Aku dah cuba untuk tahan perasaan sedih aku, tetapi x berjaya. Banjir juga mata aku T__T Aku sorokkan kesedihan aku dari officemate yg lain. Kalau mereka tahu aku sedih hanya disebabkan kematian seekor kucing, mungkin aku jadi bahan officemate seminggu agaknya --" Apa yg aku boleh buat aku cuma luahkan pada rakan aku yg juga suka akan kucing. Berkongsi lara dengan dia, Berbalas email di office pon buat aku rasa nak meraung, inikan pulak kalau aku bercerita depan-depan. Haishh.. jangan korang pulak yg nak menganjing aku -___-

Petang tu, aku ingat perasaan aku dah sedikit lega bila sedikit-sedikit aku dah dapat lupakan apa yang jadi. Rupanya tidak. Balik dari kerja, aku ternampak bekas tempat anak kucing tu mati. Terus meleleh time tu jugak. Terbayang-bayang lagi aku sempat main dengan dia sehari sebelum dia mati. Belum sampai seminggu aku bela, belum cukup lagi kasih sayang yg dia dapat, anak kucing tu mati akibat kecuaian aku. Ya Allah. Memang tak tertanggung rasanya. Dapat imagine tak bila kau sangka benda yg kau langgar tu batu, tapi rupa-rupanya kepala anak kucing. wuwuwu

Aku ceritakan pada family aku apa yang jadi. Dan baru aku tahu yg lain pon bersedih juga pagi tu. Adik aku yg tanam bangkai kucing tu. Bila adik lelaki aku menyeru nama aku dengan membawa maksud pada kejadian pagi itu, aku masuk ke bilik. Hailaa...dah kenapa aku touching sangat. Mungkin sebab aku tak sempat nak bermanja dengan kucing tu, atau mungkin juga sebab aku dapat rasa kesakitan kucing tu sebelum mati. Entah laa. Berbaur-baur perasaan aku.

Iye. Terkilan sangat sebab hasrat nak bela kucing dari baka kucing siam tak kesampaian. Pengajaran yg aku dapat, sebelum nak drive, cek dulu bawah kereta ada kucing ke tidak. Memang kucing suka tidur bawah kereta sebab sejuk.


So, bila dah jadi kat aku, agak trauma sedikit bila nampak kucing melintas jalan. :( Nasib baik tak fobia nak drive. Hmm.







0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)