Sunday, 23 November 2014

Everything has its own time with its own wisdom



"Ko bila nak kahwin?"

"Ko bila nak dapat anak?"

"Ko bila nak masuk U?"

"Ko bila nak dapat kerja?"

Kawan saya pernah berkata, "Everything has its own time with its own wisdom."
"Semua perkara ada masanya yang tersendiri, dengan hikmahnya yang tersendiri,"

Kita tak perlu nak tanya "ko bila lagi?" Jika dia sudah berusaha, kita hargai usaha dia.

Tak perlu nak pressure lebih-lebih.

Elakkan daripada menjadi penyebab orang jadi sedih. Jadilah penyebab orang jadi gembira.
Senyum :)

Source: Aiman Azlan 



Yes. Part ni aku setuju sangat. Mungkin bagi sesetengah orang pertanyaan ni adalah pertanyaan biasa untuk semua orang. Tapi kadang-kadang, disebabkan pertanyaan sebeginilah kita buat insan tu bersedih dalam diam.

Rezeki orang datang dalam berbagai cara. Bukannya semua orang tak berusaha nak rezeki tu, cuma mungkin masa yang sesuai belum sampai kan. Contohnya soal jodoh. Bukan tak nak kahwin, just belum lagi jumpa jodoh yg sesuai. Bukan ke semua tu dah ditentukan di Loh Mahfuz? So, just wait je la. Tak perlu nak pressure oke? 

Kalau bab soal kerja pulak, ramai je yang tak dapat lagi pekerjaan yang diidamkan. Mungkin ada sesetengah pekerjaan yang orang dapat langsung tak kena bidang yg mereka belajar ataupun cuma kerja biase je. Jangan mengeluh. Walaupun kerja biasa-biasa, tak semua orang dapat balik kerja on time, ataupun kerja yang kurang tekanan kan? or maybe dalam masa yg sama dapat ajar kita sikap sabar and berusaha. Bukan ke itu semua ada hikmahnya? :)

Gambar sekadar hiasan :P



>>>Bahana Terlalu Taksub Pada Gajet!<<<

0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)