Sunday, 14 December 2014

Resipi: Hokkaido Cupcake


Assalamualaikum

Memang dari dulu aku dok perhati and usha kek chiffon. Berkobar-kobar kemain nak try buat kek chiffon. Tapi bila mengenangkan oven and mixer kat rumah yang kadang-kadang sihat, kadang-kadang demam buat aku kelip-kelip mata banyak kali nak try.

Pernah la sekali aku cuba nasib buat kek minyak. Kek minyak ni tak macam kek biasa yg guna butter. Resipi paling simple nak buat ni, tapi kalau dah salah teknik ke, pukul adunan tak betul ke, sila-silalah bersiap sedia untuk terkebil-kebil mata. hahaha. First time buat, memang aku tak berhenti kembang hidung aku. Mana taknya, lembut and gebus gebas kek minyak tu oi. haha.

Pastu aku buat untuk second time. Bezanya aku buat dua adunan. Tapii...tak menjadi tau tak. Huwaa... Bila kek tengah dibakar, kek tu naik kat bahagian tengah punyalah tinggi macam nak keluarkan lava. Aku ingat benda biasa kalau bakar kek. Tup tup bila dah siap bakar, melopong tak sudah aku. Kek terus kecut dan bila potong, nampak macam kek tu bantat dan tak masak. Tak lembut macam sebelum ni. T_T

Sejak dari tu, aku macam dah putus harapan nak try buat kek yg lembut-lembut macam kapas. Tunggulah dapat oven and mixture baru. Sampai kucing aku dah beranak kali kesepuluh baru dapat beli agaknya. --"

Aku ni manalah tahan godaan bila nampak resipi kek yg best ni. So, satu hari tu aku tetiba teringin nak buat kek hokkaido. Aku jadi berani nak buat sebab kek ni kena bakar dalam bekas yg comel-comel kalau compare kek chiffon yg bakar guna loyang. Kalau tak menjadi jugak, memang sah-sah mixer problem.

Lepas semua bahan da cukup, aku pon mulakan misi. Entah kenapa berdebar-debar pulak. Hahaha. Kali ni aku buat memang betul-betul ikut cara yg diberikan. Lepas berhempas pulas dan siap dibakar, yihaaa!!! Menjadi weh hokkaido aku.

Huwaa...rasa nak menangis pulak bila kek ni menjadi. Hehehe.


Resipi yang aku cedok ni diambil dari ANIS FUAD dan blogger masakan terkenal Azlita MASAM MANIS. So, kira aku combine dan jadi satu resipi. hehe

Bahan-bahan:

(A)
3 biji kuning telur gred A
20 gram gula kastor
35 gram minyak jagung
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
55 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung + tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam

(B)
3 biji putih telur gred A
30 gram gula kastor

(C) - Cream Custard
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu tepung kastard
1/2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

1. Untuk bahan A, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan tepung jagung, susu segar dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Satukan tepung jagung dan tepung kastard dan juga baking powder.Kemudian ayak.
4. Masukkan adunan tepung dan garam sedikit demi sedikit. Kacau dengan teknik kaup balik. 

5. Untuk bahan B pula, pukul putih telur dan gula sehingga kembang dan bertanduk untuk dijadikan meringue. 
6. Bila Bahan B dah kembang, masukkan separuh adunan ke dalam Bahan A dan kaup balik. Kemudian, masukkan lebihan meringue dan kaup balik sehingga rata.
7. Bila adunan dah siap bolehlah masukkan adunan tu dalam mangkuk cupcake pilihan anda.
8. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 170 darjah celcius atau sehingga kek masak.

9. Sementara menunggu cupcake masak, bolehlah sediakan cream custard untuk filling. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula.
10. Masukkan susu. Kacau rata dengan menggunakan whisk. Jangan ada yang berketul. 
11. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau lagi.
12. Masakkan cream di atas api sederhana dan hendaklah sentiasa kacau sehingga pekat. Tutup api. 
13. Bila kek dah masak, pipingkan cream custard ke dalam cupcake. Tekan muncung piping ke dalam kek dan tekan piping bag. 
14. Taburkan sedikit gula aising di atas permukaan cupcake.


Siap! ^^



0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)