Tuesday, 3 February 2015

Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam


Assalamualaikum!!

Hui hui. Lame nooo x update blog! Makin kusam blogku dibuatnya. Kerja punya pasal, jadi penat punya pasal, terus malas punya pasal nak update. Hohoho. Oh ye. Tadi aku ada follow satu cerita ni...so memang ler paham sangat dilema seorang wanita ni. ehemm.

Aku memang suka throwback-campakbelakang kat blog ni. So, jom berthrowback bersama dengan aku punya cerita awal Disember tahun lepas. haha. Dua bulan lepas punya cerita ye. Sadis sungguh! :P Hmm. Mesti ramai yang dah tahu kewujudan Laman Seni Seksyen 7 yg selalu disebut-sebut daripada pengunjung. Aku pon tak nak la jugak terkecuali nak jadi pengunjung Laman Seni. Mana boleh tahan kan kalau tengok orang lain pose2 kat tempat lawa. Hehehe.

Laman Seni terletak di belakang bangunan Jakel. Kalau masuk dari PETRONAS, korang boleh nampak di sebelah kiri bangunan-bangunan kedai. Tak susah pon nak mencari. Lorong belakang di Seksyen 7 ni dikomersialkan menjadi sebuah tempat yang cukup unik di mana hasil painting dan mural diketengahkan untuk menjadi tatapan para pengunjung. Awesome kan? Daripada lorong terbiar tu jadi tempat pembuangan sampah, baik upgrade jadi tempat tumpuan pelancong.


Memandangkan cuti sekolah, bawak la anak-anak pergi berjalan. ceh. anak-anak sangat. haha.
Adik aku sorang ni kalau bab berposing, macam-macam aksi pelik keluar. Aku pon tak dapat nak tafsirkan gaya apakah yg dia cuba sampaikan? kuikui



Aku memang sengaja letak gambar adik-adik aku. Gambar aku semua tak menjadi diorang amik -__-"


Kalau nak cari yg mana satu adalah kakak, cari yg paling comel yep. hahaha


Nasib baiklah gambar ni dikira menjadi. Jadilah daripada tak jadi ye.



See! Kan aku dah kata adik aku si Farhan ni pandai buat aksi. haha :D


Buat sesiapa yg suka art, memang kat sini pilihan yang bijak untuk anda semua berkunjung. Bawak family & kawan-kawan anda semua ke sini sebab tak rugi pon nak photoshoot kat sini. Tempat pon dah lawa dah. hehe.


Full address:
Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Landmark:
Jakel Seksyen 7 berhadapan UiTM Shah Alam.


Selamat berkunjung ke Laman Seni!!


2 comments:

  1. Thanks for sharing dgn spesifiknya nk cari tmpt ni. haha. Nice.

    ReplyDelete
  2. Lawa blog... nice entry

    Apa pon nak jemput tuan rumah, tuan tanah, atau sape2 sahaja singgah ke kedai blog saye di http://lelonggadget.blogspot.com. Pelbagai jenis aksesori telefon, handphone, gajet, barangan2 elektronik ada dijual. Mohon ada feedback yg baik2 sahaja ye, hehe. Timo kacih, wslm.

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)