Tuesday, 26 May 2015

Sebab Whatsapp Plus Tak Boleh Download - BANNED!

 
Assalamualaikum.
 
 
Memandangkan aku tengok traffic aku untuk entry 'Jom Install Whatsapp Plus' agak tinggi sampai ke hari ni, kali ni aku come up beri jawapan untuk pengguna-pengguna whatsapp yang nak install whatspapp plus.
 
 
Actually untuk pengetahuan korang semua, aplikasi Whatsapp Plus memang dah tak wujud dah. Since bulan Januari kalau tak silap. Macam mana aku boleh tahu? haha. Oke gini ceritanya, dari awal tahun hari tu aku memang dah perasan whatsapp plus dah berkurun tak berupdate. Kalau tak, dalam seminggu tu ada je benda nak update. Pelik jugak la mula-mula tapi since tak ada apa yang jadi kat Whatsapp Plus aku, aku guna je la. Sampai la satu hari tu, dalam awal bulan May, bila aku nak check Whatsapp yang masuk, dia terus keluar pop-up mesej yang mengatakan aku kena update. Asal aku bukak Whatsapp mesti akan keluar pop up mesej tu. Macam mana lah aku nak baca Whatsapp yang masuk since pop up mesej tu asyik keluar je tiap kali bukak. Nak tak nak aku uninstall Whatsapp Plus then install balik Whatsapp yang biasa tu.
 
 
 
Oleh sebab aku memang suka features yang ada pada Whatsapp Plus, aku cari balik link untuk download Whatsapp Plus. Cari punya cari, tetap tak boleh download. Lepas tu aku terjumpa satu blog dari Amanz. That time la baru aku tau rupanya Whatsapp Plus memang da kena banned. T_T Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini
 


Dan bila aku baca komen-komen yang ada kat situ, bersyukur sangat la sebab aku tak kena banned for few hours. Ada yang sampai 2 hari tak boleh buka whatsapp. Langsung! Ada juga yang lebih 48 jam. Tapi aku watlek watpis je aku guna sampai bulan May. haha.


So, sesiapa yang nak install balik, baik lupakan je la hasrat korang tu.  Macam kejam je bunyi ayat aku kan? haha. Ke ada antara korang yang boleh download? Inform aku cepat. Nak jugakk!! haha. Hmm, memang lepas guna whatsapp biasa memang da tak boleh nak setting privacy. Kalau dulu, blue tick aku boleh hide. Sekarang? no more :|


 


Friday, 22 May 2015

CARA PEMBAYARAN PTPTN MELALUI E-FES

 
Assalamualaikum and hyeee :)
 
 
Oke. Entry ni aku nak share untuk graduate student yg buat pinjaman dari PTPTN.  Untuk sesiapa yang dah habis study dekat setahun and above, mesti ada antara korang yang gelabah tak ingat bila dah dapat 'surat cinta' dari PTPTN kan. And then lagi gelabah sebab tak tahu cara pembayaran. Huhu. Dah tahu pinjam, buat cara pinjam. Bayar balik semestinya. Kalau tak nak pinjam pon boleh, tapi kena merajinkan diri cari scholarsip sana, scholarship sini. Tak pon buat kerja part time. Gituu. Agak menyesal jugak la aku pinjam ni sebenarnya. huhu. Boleh je nak jadikan loan PTPTN tu as scholarship kita. Kena dapatkan first class. Pointer aku tu lagi selangkah je nak first class, tapi tak ada rezeki. Nak tak nak bayar balik la jawabnye. heh
 
Actually ada few steps nak bayar.
1) Melalui kaunter Bank
2) Kaunter PTPTN
3) Internet banking
4) Pemotongan gaji
5) E-FES
 
Antara steps yang paling senang ialah step 3 & 5. Boleh je nak buat pemotongan gaji tapi in case bulan tu ada emergency macam susah la pulak kan. Kalau guna internet banking kena charge RM 2.00 if not mistaken. Kalau by E-FES charge yang dikenakan cuma RM0.50. Bila dah masuk GST jadilah RM0.53. ngee
 
First step:
Before log in ke PTPTN website (http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung) make sure korang ada internet banking. Klik e-fes (PERKHIDMATAN)
 
 
Second step:
Masukkan no IC. Klik semak---> Penyata Kira-Kira Pembayaran Ujrah. Aku sebagai peminjam pada tahun 2010 telah ditukar pembiayaan kepada sistem ujrah 1% berbanding pembiayaan konvensional 3%

 
 
Third step:
Masukkan no IC dan password korang. Then klik log masuk. Kalau tak pernah daftar, klik 'Pendaftaran Kali Pertama'. Macam aku, aku memang dah lama daftar tapi sejak dah habis study barulah dapat hidayah nak buka PTPTN website sampai terlupa kata laluan. haha. Nak tak nak terpaksalah reset password baru lepas dapat temporary password dari email.
 

 Fourth Step:
Nampak kan menu sebelah kiri tu? Oke, pergi Penyata Baki. Nanti akan nampak la penyata baki pinjaman korang macam kat bawah ni. Kat situ boleh nampak semua details amount pinjaman. Kat bawah penyata tu ada 'Bayaran Balik Melaui FPX' kan? Klik situ.
 

Fifth Step:
Masukkan amount yang korang nak bayar dalam kotak tu. Contoh la korang nak bayar RM50.00 dulu. Masukkan la RM50. Lepas tu tekan 'Bayar'. Aku kalau buat bayaran balik, aku tak suka bayar sikit-sikit. Sekali banyak terus. Leceh la tiap kali bayar RM50 caj RM0.53 kan. Dalam 3-4 bulan aku kumpul duit dulu, then baru bayar. Ini ikut nawaitu masing-masing la. haha.
 


Sixth Step:
Kalau semua details amount tu dah betul, teruskan je.
 

Seventh Step:
Taraa! Haa..pilihlah bank pilihan korang. Senang kan? Kalau nak, masukkan la email korang untuk notification. At least kita adalah simpan bukti yang kita ada buat pembayaran. Then, teruskan je.





 So, tak payah pening-pening oke. Hihi. Cuma janganlah pulak merungut-rungut pulak nak bayar. Kita dah pinjam, pandai-pandailah bayar balik kan :) Hutang wajib dibayar tau. Ayah aku ada pesan, cuba mahasabah sikit. Kalau hutang kereta RM500-RM600 kita boleh bayar tiap-tiap bulan sampai 9 tahun, takkan lah nak bayar balik PTPTN yang tak sampai 3 tahun tu tak boleh? huhu. Itu pun depends pada jumlah pinjaman. Kalau aku konsisten bayar RM500 sebulan, memang boleh settle dalam 3 tahun je. huhu. Tapi, maklumlah. Manusia ni mampu merancang je. Aku kalau rasa nak bayar, aku bayar la. Gituu. hehe
 
 
Hopefully membantu ye :)