Tuesday, 26 May 2015

Sebab Whatsapp Plus Tak Boleh Download - BANNED!

 
Assalamualaikum.
 
 
Memandangkan aku tengok traffic aku untuk entry 'Jom Install Whatsapp Plus' agak tinggi sampai ke hari ni, kali ni aku come up beri jawapan untuk pengguna-pengguna whatsapp yang nak install whatspapp plus.
 
 
Actually untuk pengetahuan korang semua, aplikasi Whatsapp Plus memang dah tak wujud dah. Since bulan Januari kalau tak silap. Macam mana aku boleh tahu? haha. Oke gini ceritanya, dari awal tahun hari tu aku memang dah perasan whatsapp plus dah berkurun tak berupdate. Kalau tak, dalam seminggu tu ada je benda nak update. Pelik jugak la mula-mula tapi since tak ada apa yang jadi kat Whatsapp Plus aku, aku guna je la. Sampai la satu hari tu, dalam awal bulan May, bila aku nak check Whatsapp yang masuk, dia terus keluar pop-up mesej yang mengatakan aku kena update. Asal aku bukak Whatsapp mesti akan keluar pop up mesej tu. Macam mana lah aku nak baca Whatsapp yang masuk since pop up mesej tu asyik keluar je tiap kali bukak. Nak tak nak aku uninstall Whatsapp Plus then install balik Whatsapp yang biasa tu.
 
 
 
Oleh sebab aku memang suka features yang ada pada Whatsapp Plus, aku cari balik link untuk download Whatsapp Plus. Cari punya cari, tetap tak boleh download. Lepas tu aku terjumpa satu blog dari Amanz. That time la baru aku tau rupanya Whatsapp Plus memang da kena banned. T_T Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini
 


Dan bila aku baca komen-komen yang ada kat situ, bersyukur sangat la sebab aku tak kena banned for few hours. Ada yang sampai 2 hari tak boleh buka whatsapp. Langsung! Ada juga yang lebih 48 jam. Tapi aku watlek watpis je aku guna sampai bulan May. haha.


So, sesiapa yang nak install balik, baik lupakan je la hasrat korang tu.  Macam kejam je bunyi ayat aku kan? haha. Ke ada antara korang yang boleh download? Inform aku cepat. Nak jugakk!! haha. Hmm, memang lepas guna whatsapp biasa memang da tak boleh nak setting privacy. Kalau dulu, blue tick aku boleh hide. Sekarang? no more :|


 


4 comments:

Komen di sini kalau suka =)