Monday, 15 June 2015

FESTIVAL FLORIA DIRAJA | PUTRAJAYA 2015


Assalamualaikum
Hyeee :D

Sebelum Floria berlangsung lagi aku dah plan nak ke sana. Nampak tak dia punya excited tu. ngahaha. Hari kedua Floria, bersamaan 31 May 2015 (Ahad) terus gerak ke sana selepas Zohor. Diadakan selama seminggu iaitu dari 30 May-7 June 2015 at Presint 4, Putrajaya, the same venue every year. Adik-adik aku memang pantang. Pantang nak keluar mesti nak bontot. Bahasa tak tapis aku pakai. hahaha. Keluarlah kami 5 beradik. Nak angkut semua? Hmmm, tunggu dapat Estima sebijik ke, baru bagi can la semua ikut. :P


Oke, sebagai permulaan, meh la kita bergambar dulu. Padahal gambar ni amik sebelum keluar nak balik. kuikui. Tiket masuk nak ke sini hanya RM5 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Memandangkan aku yang beria-ia mengajak diorang semua ni, total semua RM21 free diskaun RM1. ngehngeh. Takdak duit kecik nak bagi RM1. 
 

Tumbesaran aku memang tak dapat na nolong dah ni. -__-" Sejuang banyak mana pon aku makan, tetap begini hasilnya. 


Gambar dah lawa dah ni. Tapi tapi tapi hmm hmm pakcik baju hijau interframe pulak. Malas nak crop punya pasal, aku letak je la gambar ni. haha. Terima kasih bodyguard merangkap driver sebab bersabar melayan karenah kakakmu dan adik-adikmu ini. kahkah. 


Replika Istana Seri Menanti dari Negeri Sembilan.
 


Dah macam budak-budak sekolah ni. Tapi nasib rupa van bukan van sekolah. haha


 Kalau ikutkan, 1 hari tak cukup kalau nak round semua. Tu pon kalau korang jenis yang suka posing sana posing sini la. haha. Ni pon adik aku dah mengeluh tak tentu pasal. Panas katanya! haih.
 


 
Adik aku sorang ni memang suka spoilkan gambar orang. -____- Nak tahu adik yang mana. Haa, gambar bawah ni ada. hehe
 


 
Before balik, jom ler buat kenangan dulu. Jangan kata hakak tak payung. (trademark budak-budak sekarang -__-")
 
 


0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)