Friday, 26 June 2015

Siapakah Pakcik Itu?

 
 


Gambar hiasan
 
Aku ingat lagi, kejadian ni terjadi beberapa hari sebelum puasa. Tepat jam 12 tengahari, aku dan officemate aku decide nak makan kat kedai makan dalam pasaraya Econsave. So, sementara nak tunggu makanan siap, kitorang berdua masuk la ke dalam Econsave sekejap. Cuci-cuci mata nak tengok barang.
 
 
Hmm aku hanya mampu tengok je la bila tengok harga barang turun naik ni. Semenjak GST, memang aku survey harga barang  dulu sebelum beli. Then, kitorang stop kat rak jem/mentega untuk roti. Tiba-tiba aku terniat nak beli Nutella and try belek-belek harga. Cuba bandingkan harga dengan brand lain.

Tengah khusyuk belek-belek, kami disapa oleh seorang pakcik sebelah yang aku kira dalam lingkungan 50-an. Aku pandang pakcik itu. Terkedu. Allah! Aku hanya mampu mengucap dalam hati.


"Dik, dik, ini mentega kacang yang selalu orang makan tu ke?" Tanya pakcik tu sambil memegang sebotol mayonis.

"Tak pakcik. Ni mayonis. Mentega kacang kat sini" Rakanku segera menunjuk rak di hadapan kami. Pakcik tersebut segera bergerak ke arah kami.

"Eh, yang ni bukan ye? Yang ni ape ye?" Mayonis yang dipegang pakcik ditunjuk pada kami.

"Ni mayonis pakcik. Biasa orang makan dengan burger...salad..." Aku menjawab soalan pakcik itu.

"Ohh...yang biasa makan dengan roti mana?"

"Yang ni pakcik. Pakcik nak yang mana?" Rakanku menjawab.

"Ooo...saiz yang besar ada tak? Orang kat rumah pakcik suka makan mentega ni," pakcik tersebut menjawab sambil meraba rak dan mencapai sebotol mentega kacang.

"Pakcik nak yang mana? Banyak brand ada ni" tanyaku pada pakcik itu.

"Selalu orang makan yang mana?"

Aku segera mencapai sebotol mentega kacang Lady's Choice bersaiz besar dan memberikan pada pakcik itu. "Kalau yang biasa orang makan, mentega yang ni pakcik.," Sedaya upaya aku cuba menerangkan. Simpati aku melimpah ruah pada pakcik itu.

"Oh, yeke. Takpelah, nanti pakcik cuba tengok. Terima kasih ye dik,"

Kami berlalu dari situ. Dari kejauhan aku dapat lihat usaha pakcik itu membelek-belek mentega kacang yang dipegangnya. Entahkan jelas entahkan tidak pakcik itu menelek. Terasa berat aku melihat. Bermacam persoalan timbul dalam kepala aku. Mana family dia? Macam mana dia datang ke sini? Nanti dia nak balik rumah macam mana?

"Kak, macam mana ye pakcik tu nak balik nanti?" Persoalan yang bermain di benakku terluah jua kepada rakanku.

"Hmm.. akak pon kesian. Tu yang akak tak nak lama-lama tadi, nanti tak sampai hati nak tengok. Tak pela, pakcik tu mesti boleh. Dia mesti dah biasa," Rakan sekerjaku cuba memberi keyakinan, dan dalam masa yang sama cuba menyedapkan hati kami berdua.


Bila Allah dah beri nikmat pada kita semua, bersyukurlah dan gunakanlah dengan sebaiknya. Keupayaan pakcik itu untuk melihat telah ditarik sedikit, bukan bermaksud pakcik itu buta, tetapi salah satu pancainderanya itu mungkin ada kerosakan berikutan pemerhatian aku pada pakcik itu tatkala menolongnya. Pakcik tersebut dapat melihat tetapi kemungkinan untuk melihat dengan jelas hanya 20-30 peratus sahaja. Buktinya, tiada tongkat mahupun orang untuk membantunya berjalan. Namun, usaha pakcik itu mencari rezeki benar-benar buat jiwa aku dan rakanku sebu.

Tiada alasan untuk kita sebenarnya kalau nak berkehendakkan sesuatu.  Yang penting usaha. Kadangkala seseorang yang kurang upaya lagi rajin dan berjaya berbanding kita yang sempurna. Lihatlah sekeliling kita dan cubalah selami kesusahan mereka, paling kurang pasti akan terdetik sedikit dalam hati kita untuk memikir sejenak.


Sebab itu kita diciptakan dari pelbagai rupa, warna, dan sikap.

Supaya kita sedar bahawa kita perlu saling melengkapi dan mengingati kita semua diciptakan dari PENCIPTA yang sama :)




0 comments:

Post a Comment

Komen di sini kalau suka =)