Sunday, 12 July 2015

Review: The Kabin | Jeram, Kuala Selangor


Assalamualaikum and Hyeee!

Oke, kali ni nak review satu tempat menarik untuk kaki jalan yang suka buat short vacation. Biasanya kalau nak pergi pantai yang tak jauh dari KL, tak lain tak bukan mesti Port Dickson yang jadi pilihan kan. Dulu aku dengan member-member pon planning nak ke sana. Last-last, terpaksa cancel sebab tempat penginapan yang kitorang nak stay tu dah full.

So, kitorang semua macam buntu jugak la nak stay kat mana. Planning nak buat gathering sebelum puasa terpaksa ditunda juga. Nak tak nak terpaksa juga buat gathering masa bulan puasa memandangkan lepas raya ni memasing nak kahwin. Takpela, boleh berbuka puasa sama-sama kan. Hmm, termasuk aku sekali ke yang nak kahwin?

yelaa..InsyaAllah hujung tahun kalau tak ada aral.

Tapi tak tahu lah tahun bila -..-"


Aku suggest dengan yang lain untuk stay kat The Kabin. Lepas dapat persetujuan semua, awal bulan 6 aku terus booked untuk tarikh 27-28 Jun 2015. Tempat pon sangatlah strategik. Perjalanan hanya ambil masa sejam sahaja untuk sampai ke sini kalau drive dari KL.


Aku tahu kewujudan The Kabin ni pon lepas tengok Majalah 3 tahun lepas. Sekitar dalam bulan November 2014 kalau tak silap. Uniknya, kontena-kontena yang tidak digunakan ni dijadikan seperti rumah penginapan. Kiranya dari situ la aku dah start berangan nak try stay kat sini. kihkih

Rate untuk setiap bilik

Lepas Zohor barulah kami semua check-in. Bilik yang kami semua stay ialah FELIXSTOWE yang boleh memuatkan untuk 6 orang dalam satu masa. Sangat puas hati okehh! Antara kemudahan yang disediakan ialah 1 queen bed, 2 unit double decker, 2 unit televisyen beserta ASTRO, 6 helai tuala muka, 6 helai tuala mandi, heater, hanger, bantal, dan juga selimut. Risau tiada iron? Pihak The Kabin ada sediakan. Siap dengan iron board lagi. If nak guna, boleh mintak kat kaunter kafe.


Ni semua muka lepas dah layan cerita Hindustan. Maklumlah, hari sabtu kan! huahua. Dah lepas asar barulah semua terkebil-kebil nak siap untuk berbuka puasa.
Malamnya tu, kami pergi berbuka di Aroma Ikan Bakar yang jaraknya hanya 3 kilometer dari The Kabin. Lepas berbuka terus pergi ke Kampung Kuantan nak tengok kelip-kelip.


Kabin di depan bilik kami. Seronok sangat sampai lupa nak bergambar kat kabin sendiri --" Bilik yang jenis ni pulak boleh muat sehingga 4 orang.

Antara kemudahan lain yang disediakan oleh pihak The Kabin ialah,
- basikal.
-bbq area
-kafe
-bilik karaoke
-tree house: boleh la nak buat tempat lepak-lepak.
- multipurpose room

Actually The Kabin ni terletak di tepi pantai, dalam kira-kira 500 meter dari The Kabin. Sempatlah jugak kitorang ambil angin kat situ. Walaupun tak adalah seindah mana pantainya, wujud pulak seangkatan kerabat monyet kat situ, tapi bolehkan ajee kalau nak lepak ramai-ramai. hee


Ni kes tunggu waktu berbuka la ni. Lambat sangat buat tempahan. Redha jelaa bila tempahan kami di Aroma Ikan Bakar tu dapat dibuat pada pukul 8.30 malam.Nak datang time waktu berbuka memang tak dapat sebab dah full.


Kalau nak tunjuk kehebatan korang swimming, boleh mandi-mandi kat swimming pool yang disediakan: untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tapi hanya dibenarkan mandi dari pukul 7 pagi-7malam sahaja. Kat sini tiada lifeguard taw. Kita mandi atas risiko kita sendiri.


Puasa-puasa pon boleh lagi kitorang nak mandi-mandi. :P Sekejap pon jadi laa.. Da macam nak buat iklan Action Kamen kan bila tengok gambar ni. haha.




Tak dan la semua nak masuk bilik dalam keadaan basah-basah. Nasib baik ada 2 bilik air. Nak tak nak kita berjemur dan selfie dulu depan bilik. haha



At least menjadi jugak la tema kami semua nak buat Pink+Purple. haha. Sepanjang dua hari kitorang bersama macam tak cukup masa kitorang nak share cerita. Dari cerita zaman belajar, zaman kerja sampailah nak masuk zaman kahwin. Bukan main gatal ye masing-masing. kahkah. Tengah menaip ni pon boleh lagi aku sengih-sengih depan laptop bila teringatkan balik kenangan kitorang kat sana. hehe

Last posing sebelum balik. Missing the other two.
Mesti perasan kan kenapa tak ada gambar dalam bilik? Ikutkan sangat perasaan excited masa mula-mula sampai, terlupa terus nak bergambar dulu. Takkan nak bergambar masa balik? Hmm, memang dah bersepah la jawabnya. haha.Tapi overall memang puas hati. :)

Untuk tahu lebih lanjut mengenai The Kabin ni, silalah merajinkan diri anda ke website >>The Kabin<<

The Kabin, Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Coordinate: 3.195 N, 101.307 E


2 comments:

  1. Bila dah kreatif , apa pun boleh dibuat idea berniaga. Canggih2.

    Best. Best.
    Haji dulu biasa main salji , tapi salji tak tebal. Takleh main ski. Turun sehari sahaja , esok lusa dah cair.
    Nampak seronok main ski tu.
    Part kangaroo tu pun cam menarik je.
    Adik haji ada sorang pernah duduk australia bekerja.
    Dia pernah cerita pasal kangaroo ni.teriingin nak bela sekor.
    Ok . Sekian komen haji.
    Babai.. :)

    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia berblogging. Mohon tunjuk ajar ye cik. Tq

    ReplyDelete
  2. wah sronoknya tgk the kabin ni..mcm best je nginap situ..

    slmt hari raya =)

    ReplyDelete

Komen di sini kalau suka =)