Tuesday, 19 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 By Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!

Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Saturday, 9 January 2016

2016 / 25

Assalamualaikum


Hai! Lama sangat dah kan tak up cerita. Banyak sangat ketinggalan dah. Tup tup dah 2016. Sebelum ni boleh la update pakai laptop sendiri. Tapi since adik aku dah start masuk politeknik, terus laptop aku dah pindah milik pada dia. Nak-nak pulak semua gambar banyak kat situ kan.. 
Ni pon pinjam lappy adik bujang aku. Itu pon kalau die free, dapat la merasa pegang. ahaha. Begitulah alkisahnya.



So far kehidupan aku sama je macam dulu. Masih bujang, bekerja kat tempat lama lagi, (dalam proses nak cari kerja lain tahun ni ;P) stay dengan family. Anak sulung kan. Lagi pulak daripada 7 orang adik beradik. Memang terasa besar tanggungjawabnya. Adik-adik ramai lagi yang sekolah. Jadi bila aku dah start kerja 2 tahun yang lepas, dapatlah aku tolong parents aku sikit-sikit. Cukupkan mana yang tak cukup. Maklumlah sejak kos hidup meningkat ni, banyak benda nak kena berjimat.




Bila dah meningkat umur, soalan bila nak kahwin mesti langsung tak boleh nak lari dah. Darilah saudara-mara sampai lah kawan-kawan. Haa, kadang-kadang parents pon boleh tanya tau. Risau kot kalau anak diorang membujang lama sangat. Lagi-lagi anak dara kan. Lagi-lagi bila nampak kawan-kawan anak dia dah ramai yang kahwin. hihi. Tipulah kalau aku kata aku tak muak langsung dengan soalan tu semua. haha. Aduhai, aku bukan apa, bab-bab urusan Allah ni memang aku tak dapat nak jawab. Soal jodoh selain rezeki dan maut memang kita tak boleh nak tentukan. Emm, kita berkawan tak bermakna akhirnya kita bersama dengan orang tu jugak kan. Merancang la sehabis mana pon, tapi bila Allah dah tetapkan dia bukan milik kita, redha je lah. Doakan yang baik-baik saja semoga jodoh kita cepat sampai. Yakinlah apa yang Allah rancang untuk hidup kita tu sebenarnya lagi hebat dari kita :) Macam tu lah aku positifkan diri aku. haha. Cakap bukan main, tapi dalam hati ni, hanya tuhan je yang tahu isi hati aku. huhu >.< Semoga tahun ini akan ada perkhabaran gembira buatku kalau benar ditakdirkan tahun ni. Kalau tak, tunggu je la ea. (berhuhuhu lagi) hihi



Bila dah start masuk umur 25 ni, orang kata kita akan memasuki zaman matang ataupun middle life crisi di mana dari situ lah kita perlu keluar dari zon yang selesa. Satu tingkat umur yang aku kira sudah benar-benar dewasa. Baik buruk sudah boleh dibeda dengan baik. Iyela, mungkin sebelum ni hidup kita banyak sangat  dihabiskan dengan enjoy sampai kita lupa tanggungjawab kita sebagai manusia. Janganlah jadi manusia yang rugi. Mungkin dah sampai masa kita perlu kejar apa yang impikan. Tak bermaksud semua perkara perlu dimulakan pada umur 25. Pada tika inilah kebanyakan belia seharusnya sudah mula sedar apa tujuan mereka hidup. Jika diri sendiri pon masih terumbang ambing nak cari arah hidup, macam mana kita nak tempuh hidup untuk tahun yang akan mendatang?



Untuk tahun baru ni, aku just berharap kehidupan aku sentiasa terisi dengan pengalaman yang bermakna. Jika ada ujian yang turun, aku juga berharap itu juga akan aku jadikan sebagai pengajaran dan kekuatan untuk aku hadapi. Perbaiki diri, InsyaAllah yang datang pon baik-baik saja. :)